Aqiqah

Aqiqah menurut bahasa ialah ‘memotong’. Pada asalnya ia merujuk pada rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan aqiqah kerana ianya harus dipotong (dicukur).

Menurut istilah pula aqiqah ialah haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu.


HUKUM PELAKSANAAN AQIQAH
Menurut pendapat jumhur imam-imam dan ahli fiqh, Hukum melaksanakan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan adalah Sunat Muakkad di dalam Islam. Oleh itu hendaklah ibu bapa melaksanakannya jika ada kemampuan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W ini. Sehingga ia juga akan menerima keutamaan dan pahala di sisi Allah S.W.T.

Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis:
“Sesungguhnya manusia pada hari kiamat nanti akan diminta tanggungjawabnya atas aqiqah, sebagaimana akan diminta tanggungjawabnya atas solat-solat lima waktu.”

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia 8-1-2 Menara Mutiara Bangsar Jln Liku, 59100 Kuala Lumpur

Tel: 03-2288 1996

Fax: 03-2288 1966

Email: mail@muslimaid.org.my

Setiap Penyertaan

Labels