Aqiqah bersama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia


sijil penyertaan untuk setiap peserta aqiqah

Kelahiran seorang anak memang dinantikan sesebuah keluarga demi menambah kebahagiaan rumahtangga. Hukum aqiqah adalah sunat Mu'akkadah yakni sunat yang sangat dituntut dan kerana itu amalam aqiqah harus difahami dan dihayati agar hikmahnya dapat dicapai

Hikmah Aqiqah
  1. Melahirkan rasa kesyukuran kerana mendapat zuriat
  2. Membiasakan masyarakat Muslim dengan pemakanan 'halaalan thoiyibba' sejak bayi lagi untuk membentuk kemantapan aqidah
  3. Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Muslim di seluruh dunia.

Muslim Aid mempunyai rangkaian hampir di seluruh dunia dan mudah untuk menyaring bakal penerima bantuan demi memastikan perlaksanaan bantuan sampai kepada sasaran. Peserta hanya perlu mengisi borang yang disediakan berserta kosnya, InsyaAllah langkah seterusnya pihak Muslim Aid akan uruskan.

Dengan kos sebanyak RM400 untuk seekor kambing, pihak Muslim Aid akan melakukan penyembelihan di tempat-tempat terpilih, dimasak dan diagihkan kepada penduduk miskin setempat. Muslim Aid menawarkan perkhidmatan aqiqah untuk perlaksanaan di Indonesia.

Setelah segala proses aqiqah selesai, pihak Muslim Aid akan mengeluarkan sijil yang tertulis nama anak beserta gambar penyembelihan aqiqah. Pada yang berminat untuk melakukan ibadah aqiqah ini, boleh hubungi pihak Muslim Aid ditalian 03-2288 1996 (Ida @ Zarith)

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia 8-1-2 Menara Mutiara Bangsar Jln Liku, 59100 Kuala Lumpur

Tel: 03-2288 1996

Fax: 03-2288 1966

Email: mail@muslimaid.org.my

Setiap Penyertaan

Labels